Pages

1.5.12

sila baca , entry ni saia cerita sendiri bikin


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^ 
 Sambil menunggu giliran untuk print kertas assignment di perpustakaan, aku ternampak tiga orang lelaki yang dari kos perubatan yang lain. “Entah kenapa hati aku tiba-tiba berdebar bila tengok dia ek?” kata hatiku yang gelisah apabila terpandang salah seorang dari tiga orang sahabat itu. Tiba sahaja giliran aku untuk print assignment aku, keadaan menjadi lebih cemas bila aku berdepan dengan salah seorang dari tiga orang sahabat itu. Budaknya simple, tapi bagi aku dia sopan dan nampak macam skema tapi senyuman dia tu yang membuatkan aku jadi terpikat dan rasa nak tanya nama dan nombor telefon dia. “kau kenapa farah ?” Tanya ayu yang perasan akan tindakan aku tadi. Matanya melihat pada aku dengan beribu-ribu persoalan dan memerlukan jawapannya dengan segera. Sedang melihat ku ayu turut memerhatikan lelaki yang aku perhatikan dari tadi. “mampuslah kali ni, ayu perasan ke tak aku duk usha laki tu ea?! Ish,malu lah. Macam mana aku nak buat ni.” Kenapalah lambat sangat akak printing ni print kertas aku ! ” gerak bibir ku perlahan supaya tak ada yang perasan keadaaan marah ku ini. “Kau kenapa farah? Ada masalah ke, aku tengok kau duk usha laki tadi jer, kau suka kat dia ea?” kekalutannya untuk menanyakan soalan membuatkan aku terlepas pandang kemana arah tuju tiga orang lelaki tadi. “Apa kau tanya tadi ayu?” tanyaku seperti tidak mendengar apa yang dikata olehnya tadi. “Kau pekak ke, tak kan lepas jumpa dengan laki tadi terus jadi pekak kot. Wei bongok,aku tanya tadi kenapa aku duk tengok kau usha budak laki tadi macam nak makan jer budak tu ek? kau sukakan dia ker?” tanya ayu padaku membuatkan aku menjadi kaku dan tak tahu macam mana nak jawab soalan itu. “Woi, sape bongok ! kau ni, aku pandang laki tu sama macam aku pandang kau dan kawan kita yang lain lah tak ada beza sedikit pun,takkan salah kot. ” jawabku dengan harapan dia tidak tanya soalan yang lain. Selesai menunaikan solat maghrib aku dan empat orang sahabat sebilik memulakan aktiviti masing-masing sebagai seorang pelajar. Dalam masa aku tengah belajar tiba-tiba ada panggilan telefon yang tidak tertera namanya. “Assalamualaikum,anna?” soal lelaki ditalian seperti mengenaliku “Walaikumussalam,sape ek?saya kenal awak ker?” kataku pada lelaki itu dengan mengharapkan jawapan. Jawapan yang diberikan padaku sungguh tidak disangkakan dan tidak aku harapkan yang dia akan menghubungi aku kembali. Air mata aku hampir berlinangan tapi ku sekat dengan hujung jari telunjukku supaya tiada yang perasan akan perilakuku ini. “Ibad apa khabar, macam mana boleh ada nombor telefon anna sedangkan kita tidak pernah berjumpa selepas berpisah?” soalku padanya. “Haha, ibad ada ramai spy dan sekali goreng dah sah-sah dapat punye lah anna . Kenapa anna tanya,dah tak sudi terima panggilan dari ibad ke? Hatiku tidak pernah mengharapkan kau menghubungi aku lagi dan tidak pernah aku berdoa kau hadir dalam hidup ku lah wahai lelaki setelah apa yang kau buat pada aku dahulu. Luka dalam hatiku ini tidak boleh dan tidak mudah diubati setelah aku ditinggalkan untuk perempuan yang bernama ieyra.

 ******************* 
 “Anna,kau tak nak pergi kuliah ke? Dah pukul 9 lah!” suara hantu ayu mengganggu tidurku “ haaaa! Ealah nenek tua, aku nak bangun lah ni, kau tak kacau aku sehari tak boleh ke?” tengking aku membuatkan ayu terkejut. Sarapan pagi yang aku jamah tadi buat perut aku sakit dan rasa ngin membuang, tapi aku tahan sampai ke satu tahap, aku sudah tidak dapat menahannya lagi. “Excause me Miss ZAty , I want to go ladies, my stomach make problem la, May i?” tanya aku pada Pensyarah yang mengajar Bahasa Inggeris “Yes, you can” balasnya dengan senyuman “Nenek tua,kalau class Miss dah habais kau tunggu aku di pondok kat taman tu okey?” bisik aku pada ayu teman baikku Sambil menulis ayu membuat mimik muka seakan marah pada aku dengan ayat yang aku tujukan padanya tadi. Sesudah melaburkan saham-saham tadi aku terus ketaman ditempat yang aku dan ayu berjanji untuk berjumpa tadi selepas kelas. Prraappp!!! Habis berselerak buku dan nota yang dibawa oleh pelajar itu. Hish, kenapalah aku jalan tak tengok depan tadi. Kan dah langgar orang,tanpa berlengah aku duduk dan memungut semua buku dan nota yang berselerak tadi. “Nah,awak punya. Maaf saya salah”ucapku tanpa menoleh wajahnya kerana malu “Takpe,saya pun salah jugak sebab tak tengaok depan. Tak perlulah awak minta maaf anna” balasnya kembali seperti menganali aku Subahanallah ! Dia kan lelaki yang aku jumpa dalam perpustakaan hari tu?” kenapa lah aku boleh tak perasan tadi,malunya. “hehe,okey. Saya pergi dulu lah. Saya ada janji dengan kawan tadi.” Beritahuku padanya supaya cepat leraikan pertemuan tadi. Tanpa menunggu jawapan dia, aku terus berjalan dan tidak menoleh kebelakang lagi walaupun aku mendengar dia memanggil aku. Selalunya dia ada kat sini,tapi kenapa harini dia takada.Soalan itu bermainan di mindaku. “kenapa kau tarik tangan aku ni ayu?kau nk bawak aku p mana?” tanya aku pada ayu yang menarik tangan aku tanpa berbicara akan sebab kenapa dia berbuat begitu Gambar dan berita yang aku baca di papan pemeran itu mengejutkan hati aku dan tidak semena-mena air mana aku mengalir dah akhirnya bahang air mata membuatkan aku tidak boleh menahannya lagi.Ayu memelukku seperti tahu apa yang aku rasakan ketika itu. “Sabarlah anna,doakan supaya dia selamat dan boleh menjalani kehidupan harian dengan tenang.”kata ayu supaya aku tenang dengan berita yang diterima itu . SEMOGA MUHAMMAD AFIQ SELAMAT MENJALANi PEMEDAHAN BAGI MEMBUANG TUMOR YANG ADA DIDALAM BADANNYA ITU. AMIN. Ayat itu masih lagi dapat aku lihat dan masih tidak ku percaya yang selama ini dia sakit.Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata walaupun sesaat. Hati aku sangat sedih dengan apa yang terjadi kepada diri mu Afiq. Ayu,aku minta maaf sebab tidak kejutkan kau pagi tadi,aku tak nak ganggu kau tido.Jangan risau tentang aku,petang nanti aku balik. Aku kena jumpa afiq sebelum terlambat.Apa-apa hal aku text kat kau ok.. “kenapa kau tak beritahu Afiq yang kau suka dia wahai kawan ku anna” gumam ayu yang masih berbaju tidurnya itu Setibanya didalam bilik No9 di Hospital Pantai aku melihat sekujur tubuh yang sedang tidur dengan nyenyak sekali.Melihat keadaanya yang nampak pucat dan tidak bermaya seperti dahulu membuatkan air mata aku membasahi pipi,terasa sedih dan seksa melihat keadaan dia.Kenapa tuhan memberi Ujian sebegini berat pada mu wahai insan yang aku sayangi.Tak sanggup aku melihat mu berada dalam keadaan sakit macam ini. “Awak nak pergi mana anna?”terasa sejuk pada bahagian tangan kanan aku seperti ada yang memegannya aku cuba menolehnya “Afiq,maafkan saya kerana mengganggu awak sedang tidur,saya hem,hmm,mmm….”air mata aku mengalir dengan kuat semasa melihatnya dan aku tidak lagi boleh bercakap. “Saya cintakan awak anna,Saya sayangkan awak.Saya nak hidup bersama awak sampai akhir hayat saya.Tapi umur saya tak panjang anna.”Itulah ucapan yang diucapkan olehnya padaku. “Aku pun sayang kan kau lah bodoh! Kenapa kau cakap pasal mati? kau dah sedia nak tinggal mak ayah kau?kau sedia nak tinggal kan aku sorang diri??”kata-kata itu aku luahkan dengan kuat kerana aku tidak tahan dengan rasa sebak didada ini. Perbualan aku terlerai apabila keluarga Afiq datang dan disitu jugalah aku dapat rasakan cinta sebenar. Afiq melamar aku didepan kedua ibubapanya,dan hubungan kami direstui tanpa ada sebarang masalah dan tidak dibangkang oleh mana-mana pihak. ******************** “Ya Allah,Engkau berikanlah semangat kepada insane yang aku sayangi yang sedang bertarung nyawa dengan penyakitnya itu.Berilah peluang untuk aku dan dia merasai kebahagiaan Ya Allah.Dengarlah doa hambaMu ini Ya Allah”kesedihan yang tak dapat aku simpan dikeluarkan diatas tikar sembahyang dengan selawat dan doa supaya Afif selamat dan dipanjangkan umurnya. Selepas 7 jam menunggu di luar bilik pemedah bersama keluarga dan kawan-kawan, Afiq dikeluarkan dan bersyukur kepadaNya kerana pemedahan selamat dan berjalan dengan lancar. Senyuman dan air mata kegembiraan mengiringi Afiq ke wad biasa.

 ******************** 
 “Sayang,Fiq dah famili dalam perjalanan kerumah sayang.Jumpa nanti ea?”suara yang didengar melalui telefon anna membuatkan hatimya lebih gemantar untuk meneruskan majlis “Okey Sayang,Anna tunggu. Saya Sayang awak”kata-kata yang selalu aku ucapkan buat Afiq Kompang kedengaran diluar rumah menunjukkan Pengantin sudah tiba, Ayu memegang tangan aku dan membawa aku keluar dari bilik untuk bertemu mata dengan pengantin lelaki yang sangat aku cintai dan sayangi,Muhammad Afiq.Atas restu Allah,aku dipinang dengan bismillah dan akhirnya aku menjadi Isteri yang akan patuh dan hormat pada suami. Kebahagiaan aku dan Afiq diserikan lagi dengan sepasang anak kembar dan diberi nama Qistina Amilia dan Qistina Amiera.Aku mencintaimu selama-lamanya Afiq

 *******************
 cerita yang direka sendirian berhad maa,tiada kena mengena bagi yang hidup atau telah mati.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger